Harta pusaka adalah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya. Selain itu, ia juga ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda atau hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.
ASET TERBEKU
Sejak akhir-akhir ini, Malaysia berdepan dengan masalah yang kritikal dalam kalangan masyarakat Islam kita iaitu aset terbeku yang semakin meningkat. Berdasarkan sumber Utusan Malaysia pada tahun 2021 hampir 90 billion harta umat Islam telah terbeku akibat tidak dituntut. Perkara ini berlaku kerana sikap sesetengah waris yang tidak endah dan juga sikap yang tidak bertanggungjawab, hal ini terjadi kerana mereka beranggapan bahawa pengurusan harta rumit untuk diselesaikan, maka mereka melengah-lengahkan untuk menguruskan harta tersebut. Dengan ini, ia akan merugikan waris untuk menuntut hak masing-masing kerana ia memerlukan proses yang lama( >6 bulan ) dan kos pentadbiran juga semakin tinggi dalam menuntut pembahagian harta tersebut.