KHAIRAT KHAS KIFAYAHKU

Solusi Pusakaku

Apabila seseorang Islam meninggal dunia, maka perkara-perkara yang wajib dilaksanakan dengan segera adalah seperti berikutnya : 

Menjadi tuntutan (Fardhu Kifayah) ke atas orang Islam yang masih hidup untuk melaksanakan urusan tersebut dengan sebaik-baiknya.

Definisi Khairat Kematian

Khairat kematian bermaksud wang yang dikumpulkan oleh pencarum di sesebuah kawasan yang akan diberikan kepada waris untuk menguruskan kematian. Pengumpulan dana khairat kematian secara beramai-ramai bertujuan untuk membantu waris mempercepatkan urusan pengebumian jenazah. Dalam situasi ini, kegunaan wang yang dicarum adalah sebagai persediaan barang pengebumian jenazah. Khairat kematian terbukti membantu memudahkan pengurusan jenazah dan meringankan beban waris.

MM Kafalah Agency menyediakan Skim Khairat Khas untuk melindungi kifayah masyarakat Islam.

Pengurusan jenazah

Kesemua proses pengurusan jenazah akan dibantu tidak kira dimana sahaja.

Pengurusan pusaka

Pengurusan pusaka akan diuruskan oleh syarikat dengan segera tanpa membebankan waris.

KHIDMAT BADAL HAJI

Badal Haji akan dilakukan sekiranya si mati tidak sempat melaksanakan ibadah haji semasa hidup. Sebagai bukti, waris akan diberikan sijil badal haji.

DOKUMEN wASIAT

Pencarum layak membuat dokumen wasiat tanpa dikenakan caj untuk memelihara hak keluarga.

Antara tempat yang anda boleh menuntut wang khairat kematian

Hubungi kami melalui link di bawah:

SOALAN LAZIM

Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. 

Program ini bertujuan untuk membantu menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah anda bagi menjamin kebajikan di dunia dan akhirat.

Program khas ini melindungi keseluruhan urusan kematian anda sehingga urusan pembahagian harta.  Manakala program khairat yang biasa hanya lebih kepada menguruskan jenazah sahaja.

Seseorang yang belum berumur 70 tahun dan kebawah layak mencarum program ini. Terdapat 2 jenis pakej yang disediakan iaitu pakej Standard dan pakej Warga Emas.

Boleh. Orang yang mempunyai penyakit amat digalakkan untuk mencarum program ini.