UNIT LATIHAN KERJAYA
MM Kafalah Agensi ada menyediakan khidmat latihan kepada orang ramai.Â
Â
Berikut adalah senarai kursus yang disediakan:
Kursus Pengurusan Jenazah
Kursus pengurusan jenazah disediakan kepada mana mana pihak/ syarikat yang ingin berikan latihan pengurusan jenazah kepada kakitangan mereka. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan masyarakat Islam tentang proses memandikan, mengkafankan, dan solat jenazah.
Pengurusan Jenazah dalam Islam merupakan tuntutan Fardhu Kifayah. Dalam erti kata lain, sesuatu kelompok masyarakat itu perlu melunaskan tanggungjawab menguruskan jenazah jika berlaku kematian di dalam kelompok tersebut.Â
Kursus Pewarisan Harta
Kursus pewarisan harta disediakan kepada mana mana pihak/syarikat yang ingin berikan latihan pewarisan harta kepada kakitangan mereka dalam mengetahui atau menimba ilmu pewarisan harta dalam Islam. Pewarisan harta Islam melibatkan perancangan harta (semasa hidup atau selepas kematian) dan pengurusan harta pusaka.
 Latihan Industri
Latihan industri dibuka kepada pelajar-pelajar lulusan diploma atau degree di IPTA/ IPTS seluruh Malaysia. MM Kafalah agency membuka platform Latihan Industri ini untuk membantu pelajar menambahbaik kemahiran insaniah dan membantu mereka bersedia sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar. Selain itu, kami juga akan membuka ruang untuk pelajar Latihan Industri untuk diserap bekerja dengan kami berdasarkan prestasi mereka sepanjang sesi Latihan Industri tersebut.Â